Berlabuh syawal MENTERA digaur,Menjadi tanda satunya jiwa,Terima kasih mesra dihulur,Jadi ingatan seakhir usia.
Dengan amanah yang diberikan kepada kami, kami telah melabuh tirai MENTERA kami semalam, sebuah majlis perayaan kecil dan makan malam kepada semua yang telah menyaksikan dan mendukung usaha rawSEC sejak awal lagi. Hingga hari ini, dunia siber kian berkembang dan semakin mencabar, dan kami berharap inisiatif kecil kami akan menjadi pendorong bagi industri yang lebih selamat siber. Komuniti siber yang kukuh berupaya menjana ekonomi serta kestabilan dan keselamatan negara.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang dari jauh, para penaja yang telah menyumbang kepada majlis kami ini samada makanan, wang ringgit ataupun masa dan tenaga. Juga tidak dilupakan, kepada semua ahli jawatankuasa kerja, kumpulan baru yang merupakan tulang belakang majlis ini.
Semangat dan azam kami tidak berakhir di sini. Kami kini memasuki fasa kedua kami, di mana lebih banyak kolaborasi strategik sedang dibina, lebih banyak program sedang direalisasikan, dan lebih banyak inisiatif sedang dalam perancangan yang akan memberi manfaat kepada Komuniti Siber Malaysia.
Untuk itu, mari kita meraikan majlis kita. Sila kongsikan momen anda semasa MENTERA dan jangan lupa untuk ‘tag’ rawSEC dengan menggunakan ‘hashtag’ #rawsecraya #rawsec #mentera.